I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 1 August 2011

Apa Itu Perisian Komputer???

Maksud Perisian Komputer

Ø  Perisian komputer terdiri daripada program-program yang memerlukan komputer melakukan sesuatu tugas tertentu.

Maintain Software License

Ø  Perjanjian yang dipersetujui di antara 2 pihak.
Ø  Merujuk kepada perjanjian antara pengguna yang telah membeli software/perisian.
Ø  Mengandungi terma dan syarat bagaimana sesebuah perisian itu boleh digunakan.

Jenis-Jenis Perisian ( Software )

§  Public Domain
§  Freeware Software
§  Shareware Software
§  Commercial (propriety) Software


KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PERISIAN

v  PUBLIC DOMAIN
·         Tidak menggunakan sebarang lesen.
·         Boleh disalin (copy),download / menyebarkan perisian ini.
·         Sama seperti menggunakan software Open Source(sumber terbuka).

v  FREEWARE SOFTWARE
§  Merupakan perisian percuma selagi pengguna mengikut syarat / arahan yang disertakan syarat yang telah ditetapkan.Antaranya:-
·         Tidak boleh menukar perisian.
·         Tidak boleh tukar nama pereka perisian tersebut.
·         Tidak boleh menukar nama syarikat.

v  SHAREWARE SOFTWARE
ü  Sama seperti freeware.
ü  Ada jangkamasa/jangkahayat yang tertentu.
ü  Versi percuma tidak sama dengan Versi penuh.
ü  Versi penuh (full version) harus dibeli dahulu.

v  COMMERCIAL SOFTWARE
Ø  Jenis berbayar.
Ø  Contoh:-
·         Syarikat Microsoft 
·         Syarikat Adobe
·         Syarikat Macromedia

Kebaikan Menggunakan Perisian Secara Sah
Jika kita membeli perisian secara sah,bukannya dengan cetak rompak contohnya kita akan:-
Ø  Memperolehi perisian yang lengkap.
Ø  Mempunyai guarantee sah & asli(original).
Ø  Bantuan teknikal
Ø  Menerima upgrades/patches secara percuma dan harga amat murah.
Ø  Dokumentasi yang lengkap
Ø  Perisian tanpa virus
Ø  Mengetahui pengguna adalah sah & tidak perlu takut kepada risiko akan dikenakan tindakan.

JENIS-JENIS SOFTWARE LICENSE
Jenis-jenis software license antaranya :
   i.      SINGLE-USER LICENSE
·         Boleh digunakan untuk satu komputer sahaja.
 ii.      UNLIMITED SITE LICENSE
·         Perisian ini dipasang di semua komputer dengan syarat kesemuanya berada di satu kawasan yang sama. Contohnya kawasan syarikat / sekolah.
iii.      NETWORK LICENSE
·         Perisian dipasang pada komputer pelayan (server) yang membolehkan komputer pelanggan (client) yang bersambung dengan server tersebut yang menggunakan perisian yang sama.
·         Ia tertakluk kepada beberapa buah komputer sahaja atau lebih komputer (unlimited).


Bolehkah membuat salinan(copy) perisian yang dibeli ?
·         Selalunya kita dibenarkan membuat salinan.
v  Tujuan :
o   Untuk simpanan archival sahaja.
o   Boleh menggunakannya jika salinan yang asal rosak / hilang.
o   Bukan untuk memasang (install) program tersebut pada komputer lain / berkongsi dengan orang lain.
o   1 lesen hanya untuk 1 komputer sahaja.

Cetak Rompak & Akibatnya
v  Ramai yang menanggung kerugian apabila cetak rompak diikutkan secara berleluasa di antaranya :
Ø  Pengguna
Ø  Pembangun Perisian (Software Developer)
Ø  Penjual
Ø  Penyelia Bantuan (Support Providers)

Warranty
v  Dilakukan pada setiap pembelian.
v  Sah untuk jangkamasa tertentu
v  Warranty Claim merujuk dimana pembeli menggunakan haknya yang terdapat di dalam warranty.
v  Beberapa dokumen perlu disertakan apabila membuat warranty claim:-
i - Bukti pembelian (resit)
ii - Barangan belian yang lengkap
iii - Warranty Form
v  Warranty bergantung kepada keadaan barangan jika barangan telah dibuka dan diservis sendiri.
v  Pengguna biasanya tidak dapat membuat warranty claim.
v  Termasuk juga jika barangan rosak adalah disebabkan kecuaian pengguna sendiri.



MAKSUD ‘WARRANTY’

a)     ‘Warranty atau jaminan mempunyai maksud yang sama.
b)     Perjanjian yang dibuat oleh pengeluar atau syarikat untuk memperbaiki atau mengganti sesuatu keluaran dalam tempoh yang ditetapkan sekiranya ia cacat atau rosak.
c)     Jaminan yang dikeluarkan kepada pengguna dalam pembelian barangan.
d)     ‘Warranty’ tidak dipatuhi apabila dibuat secara lisan kerana ia dianggap tidak sah dan sukar untuk dibuktikan.
e)     Pengguna perlu mendapatkan waranti secara bertulis supaya tidak ditipu.
f)      Pengguna perlu memastikan penjual yang menandatangani jaminan tersebut mempunyai kuasa dan layak berbuat demikian supaya ‘warranty’ itu sah dan pengguna berhak mendapat sebarang pampasan.

TUJUAN PENGGUNAAN "WARANTy"

Ø Supaya pengguna tidak ditipu apabila membeli sesuatu barangan.
Ø Memudahkan pengguna menukar barangan yang dibeli apabila rosak atau cacat.
Ø Supaya barangan yang dijual sah.
Ø Supaya hak sebagai pengguna tidak diabaikan.
Ø Supaya pelanggan memberi kepercayaan dalam barangan yang dikeluarkan.



SEBAB SYARIKAT TIDAK MENGELUARKAN ‘WARrANTy’ YANG SAH

a.      Keengganan penjual untuk memberi waranti mungkin berpunca daripada beberapa sebab iaitu :
                                                             i.      Barangan atau keluaran kurang atau langsung tidak bermutu.
                                                          ii.      Keluaran tersebut adalah barangan curi.
                                                       iii.      Barangan tersebut adalah tiruan.
                                                        iv.      Barangan tersebut diseludup masuk dari negara-negara jiran.
                                                           v.      Barangan tersebut telah diperbaiki semula dan dijual sebagai barang baru.
b.    Masalah ‘warranty’ sering berlaku kerana pengguna gagal membaca dengan teliti dan memahami dengan jelas syarat-syarat ‘warranty’ yang diberikan oleh peniaga atau pengeluar.
c.     Pengguna tidak mengirimkan semula ‘warranty card’ tersebut.Pengguna harus tahu dan memahami setiap ‘warranty’ yang diberikan,malah mengambil tindakan-tindakan tertentubagi memastikan ‘warranty’ yang diperolehi boleh diguna pakai apabila diperlukan.Umpamanya,pembeli harus mengisi dan mengirim kembali ‘warranty card’ kepada pengeluar.
d.    Oleh itu,setiap pengguna perlu berhati-hati dan peka dengan setiap pembelian barangan dan produk bagi memastikan mereka tidak mudah ditipu dan tertipu.




KEPENTINGAN ‘WARRANTY’

a.     Memudahkan urusan pengguna apabila berlaku kerosakan barangan.
b.    Supaya barangan yang dibeli oleh pengguna mempunyai keluaran yang sah.
c.     Mengelakkan pengguna dari ditipu oleh syarikat yang hanya mengaut keuntungan sahaja.
d.    Supaya keselamatan pengguna terjamin.
e.     Barangan yang dikeluarkan mempunyai jaminan.
f.      Mengagalkan pihak pengeluar atau syarikat yang cuba mengeluarkan barangan yang tidak berkualiti.


MAINTAIN SOFTWARE LICENSE

1.  MENYELENGGARA LESEN PERISIAN


1.1     Mendapatkan Maklumat Mengenai Lesen Perisian

a.       Setiap lesen perisian mempunyai lesen yang tersendiri.
*      Contohnya : Perisian syarikat Microsoft.
b.      Kesemua perisian mempunyai lesen sendiri mengikut prosedur syarikat tersebut.
c.       Ada juga syarikat yang memberikan perisian secara percuma.
*      Contohnya :
§  Linux
§  Star Office
d.      Perisian yang mempunyai lesen lebih mudah untuk dicetak rompak berbanding perisian yang percuma kerana lesen perisian yang mahal.
e.       Bagi perisian yang mempunyai lesen,untuk memasang (install) sesuatu perisian kita haruslah mempunyai lesen yang sah supaya tidak dikenakan tindakan undang-undang.
v  Contohnya : Microsoft Windows
f.        Sehingga kini,banyak syarikat dan juga individu masih lagi menggunakan perisian yang dicetak rompak oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.
g.       Bagi mendapatkan maklumat lengkap tentang perisian yang digunakan,kita harus mengenalpasti terlebih dahulu perisian tersebut dan jenis lesen yang ingin digunakan.
h.      Setelah itu,kita juga harus mengetahui perbezaan antara lesen-lesen perisian yang ada.
i.         Lesen yang terdapat dipasaran mempunyai jenis yang berbeza.Jadi kita perlu mengenal pasti jenis-jenis lesen apakah yang perlu untuk sesebuah syarikat atau individu.
j.         Lesen mempunyai 2 jenis iaitu :
v  Open Lisence
v  Single Lisence
k.       Jenis-jenis lesen untuk sesebuah syarikat ialah :
v  Educational Lisence
v  Corporate Lisence
v  Business Lisence

PENERANGAN OPEN LISENCE DAN SINGLE LISENCE


A.     OPEN LISENCE

§  Satu lesen perisian yang mana bagi sesebuah CD mempunyai ramai pengguna (USER).
§  Contohnya :
o   1 CD mempunyai 10 atau 100 user.
§  Lesen ini memudahkan kita untuk memantau penggunaan perisian tersebut.
§  Lesen jenis ini biasanya digunakan di cawangan sesebuah syarikat.
B.     SINGLE LISENCE
§  Satu  lesen yang terhad kepada seorang (1) user sahaja.
§  Jika memerlukan 10 lesen untuk pengguna,kita perlu mendapatkan 10 CD yang berlainan.
§  Menyukarkan pemantauan penggunaan perisian tersebut.
§  Lesen jenis ini  lebih ditujukan kepada pengguna persendirian/individu.

1.1     Mendapatkan Lesen Perisian / Perisian Naik Taraf

a.       Setiap perisian mempunyai versi-versi yang telah ditetapkan oleh pengeluar perisian.
b.      Untuk menaiktaraf perisian kepada versi yang baru,perlulah mendapatkan lesen perisian ynag terbaru.
c.       Lesen perisian yang lama tidak boleh digunakan keran ianya terhad kepada versi yang lama sahaja.
d.      Lesen mestilah diperbaharui jika telah tamat tempoh.Ia bergantung pada perjanjian antara pengguna dengan pengeluar perisian.
e.       Lesen yang sah haruslah mengikut prosedur yang telah ditetapkan.



1.1     MENGENALPASTI PENCEROBOHAN PERISIAN


a.       Untuk menguruskan lesen perisian,seseorang itu perlulah bertanggungjawab menjaga lesen perlu peka mengenai lesen dan perjanjian yang telah dipersetujui.
v  Contohnya :
Seseorang juruteknik haruslah memberitahu mengenai status lesen perisian tersebut apabila lesen tersebut sudah hampir tamat tarikh penggunaannya.

b.      Masalah yang berkaitan dengan perisian dan lesen perlu dilaporkan supaya perisian yang digunakan boleh terus  berfungsi dengan sepapatutnya dan tidak menganggu operasi yang lain.


1.4.  MENDOKUMENTASI LAPORAN LESEN PERISIAN

a)     Semua aktiviti perlulah direkodkan bagi memudahkan rujukan pada masa hadapan.
b)     Setelah diteliti dan setiap kali diperiksa lesen perisian tersebut,juruteknik berkenaan haruslah membuat laporan dan juga senarai semak (checklist) bagi tiap kali pemeriksaan dan juga penggunaan lesen dan perisian tersebut.
c)      Untuk melakukan kedua-dua tugas tersebut,juruteknik haruslah mengetahui mengenai prosedur setiap lesen perisian berkenaan.







     

1 comment: